Ini Page Anak Anak Cucu Poksu

Nama sebenar Poksu Loh ialah Haji Abdullah bin Haji Saleh. Anak kepada tuan guru Haji Saleh yang buka pondok di Wakaf Berangan, Pasir Puteh, Kelantan. Anak cucu panggil dengan gelaran Tok Ayah.

Poksu Loh ada 12 orang anak daripada dua perkahwinan. Satu daripada anak meninggal semasa masih kecil. Jadi tinggalah 11 orang sedang menghuni dunia fana ini.

Antara anak cucu arwah Poksu Loh sentiasa berhubung dan berkumunikasi. Setiap tahun ada perhimpunan keluarga untuk merapatkan silaturrahim.

Anak cucu Tok Ayah tinggal berjauhan. Hampir keseluruhannya di luar negeri Kelantan. Sejak kematian tok ayah, kami anak cucu tiada lagi tempat berhimpun seperti dahulu. Jadi setahun sekali kami berhimpun dalam tiga hari untuk berkenal mesra sesama sendiri.

Perniagaan Anak Cucu Tok Ayah

Sebahagian anak cucu tok ayah memilih untuk bekerja sendiri. Walaupun belum ramai, tetapi sedikit demi sedikit, nampaknya semakin ramai yang ingin mengikut sunnah nabi kita (SAW). Semoga terus maju.

Kedai PS Herbs

Boleh jer datang beli kat kedai. Tak payah pos. kalau dok dekat laa….

Bus Abe Fazil

Nama syarikat: FAZIL ELECTRICAL & AIRCOND SERVICES. Beri khidmat wiring dan aircon

Moksu Sulam

Menerima tempahan pelbagai jenis pakaian dan jual barangan jahitan.

(Moksu belum ada webpage atau FB lagi)

WellnessProduct

Menjual pelbagai Produk kesihatan. Boleh beli terus atau melalui shopee. Boleh juga Whatsapp Ayah Wan terus.

Aini Kuih Melayu

Boleh saja whatsapp kalau nak tempah.

Juga belum ada webpage atau facebook

Klik gelaran atau gambar untuk lihat aktiviti jurai keturunan Tok Ayah

(Web page ini dalam pembinaan, belum semua data aktiviti lagi.. koho koho lah)

Scroll to Top